Mohon perhatian semua pengguna media sosial Peraturan Penggunaan Media Sosial Staf & Pelajar UTM ——————————- Setiap staf dan pelajar UTM yang dengan jelas menyatakan bahawa mereka merupakan staf/pelajar UTM dalam laman sosial peribadi adalah bertanggungjawab memastikan setiap pernyataan/status/ maklumat yang dihebahkan di laman sosial supaya : i)tidak menjejaskan imej Kerajaan; ii)tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan; iii)tidak mengandungi maklumat rahsia dan isu-isu sensitif seperti agama, politik, perkauman, Institusi Raja atau yang boleh menyentuh sensitiviti umum di Malaysia; iv)tidak mengandungi unsur lucah; v)tidak mengandungi unsur fitnah, hasutan dan menyalahi undang-undang; vi)tidak berniat mengaibkan individu/kumpulan tertentu dan vii)tidak menyalahgunakan media sosial sehingga mengganggu masa bekerja >> baca selanjutnya di http://ift.tt/1fOO8Nj

from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) http://ift.tt/1nXFn0q
via IFTTT

Basikal Air UTM (UTM Paddle Boat) akan dibuka kepada umum mulai 1 Ogos 2015. Program Basikal Air ini diwujudkan bagi memberi satu lagi landskap terbaharu UTM sebagai sebuah universiti berkonsepkan Kampus Ekopelancongan dan Lestari. Menerusi program yang diadakan di Tasik Ilmu, Taman Tropika, UTM Johor Bahru ini, buat permulaan sebanyak 4 unit basikal air akan disediakan bagi tujuan ini.

from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) http://ift.tt/1nXFn0q
via IFTTT